Sunday, October 18, 2009

MALAM DEPA RAYA DI TMN MALIM JAYA


Suasana malam ini berbeza sama sekali berbanding malam-malam sebelumnya. Lorong masuk menuju ke lorong kediamanku, sesak dengan deretan kereta. Kanak-kanak dan remaja bermain bunga api dan mercun di tengah-tengah lorong laluan kereta. Tak kusangka, yang ramai penghuni India tinggal di deretan rumah sama denganku. Malam deepavali ni, meriah sakan dengan dentuman mercun.


Maklumlah, selama hidup sebagai warga kampus ni, balik je dari kuliah, buat hal masing-masing dalam rumah. Cuma kenal jiran sebelah, bujang 7. Cayalah...


Anyway, selamat menyambut Deepavali kepada geng-geng yang meraikannya, terutama Thanabalan.


Lz: Teringat kenangan kena tangkap 'fly' asrama, meraikan deepavali masa tingkatan 6. Teringin nak buat nakal... kantoi.

0 comments: