Graphics for Cute Comments
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Sila beri perhatian & bertindak
PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA
Disebabkan masih terdapat sebahagian pelajar yang masih belum mengisi borang penilaian pembelajaran secara atas talian pada MyGuru2, pihak BPAQ bersetuju untuk melanjutkan tempoh mengisi borang ini sehingga 24 Oktober 2009.
Oleh yang demikian, pelajar diwajibkan mengisi borang penilaian ini termasuk untuk semester akhir.Pihak fakulti akan mengambil tindakan kepada pelajar yang gagal mengisi borang ini sehingga tarikh yang ditetapkan.BPAQ dan Pusat ICT.
Lz: Ikutlah arahan. Kita ni sekarang mahasiswa yang tertakluk bawah akta universiti. . Sistem yang diwujudkan bertujuan untuk penambahbaikan masa hadapan.
Lz: Tolong, panjang-panjangkan makluman ini.
Posted by leeza at 8:01 AM 0 comments
KENDURI DURIAN
Posted by leeza at 5:01 AM 0 comments
Monday, October 19, 2009
SAYULAH PULAK
Posted by leeza at 9:07 AM 0 comments
Hello guys, here latest notes for tennis
Permainan tenis
Ø Permainan Tenis menggunakan raket dan bola dan dimainkan di dalam gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.
Ø Antara nama- nama tenis:
§ Real Tennis di Britain
§ Royal Tennis di Australia
§ Jeu de paume di Perancis
1) Boleh dimain secara individu atau beregu
a) Individu
Merupakan perlawanan satu lawan satu
b) Beregu
Merupakan perlawanan antara dua orang pemain melawan dua orang pemain lain.
Boleh dilakukan secara campuran iaitu setiap pasukan mesti terdiri daripada
dua orang pemain yang berlainan jantina.
2) Permainan tenis biasanya dimainkan di gelanggang rumput, permukaan keras, sintetik,
tanah liat dan di dalam dewan.
GELANGGANG TENIS
Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ialah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang.
Gelanggang untuk permainan beregu pula ialah 10.97 meter lebar dan 23.77 meter panjang.
Tebal garisan adalah 5 cm.
Tebal garisan di bahagian belakang terdapat 10 cm.
Kemahiran Asas dalam Teknik
Cekak atau Grip
Terdapat tiga grip utama iaitu: -
§ Cekak timuran (eastern grip)
o Dikenali sebagai cekak ‘berjabat tangan’
o Dibuat seoalah – olah berjabat tangan, dengan ibu jari dari jari telunjuk akan
membentuk V di atas raket, manakala jari – jari lain akan menggenggam dengan
kemas.
§ Cekak barat (western grip)
§ Cekak kontinental (continental grip)
PUKULAN PEPAT (HADAPAN)
Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat
1. Ayunan balik (backswing)
2. Ayunan hadapan (forward swing)
3. Kontak dengan bola
4. Ikut lajak
Teknik pukulan pepat adalah seperti berikut:-
1. Diri sedia (stance)
2. Ayun balik (backswing) dan tangan pemukul berada di paras pinggang
3. Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing)
4. Semasa membuat ayunan ke hadapan, raket akan ke atas dan ke hadapan dengan
membuat kontak pada bola.
5. Semasa membuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus sepenuhnya, pergelangan
tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak dengan bola.
6. Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
7. Ikut lajak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan bergerak ke arah
hadapan atau ke atas.
Otot utama yang digunakan
ü Pectoralis major
ü Latissimus dorsi
ü Otot – otot oblique
PUKULAN KILAS (BACKHAND)
Ø Pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raket yang dilakukan pada
bahagian tangan tidak dominan.
Ø Terdapat dua kaedah pukulan kilas:-
1. Pukulan kilas satu tangan
2. Pukulan kilas dua tangan
Pukulan Kilas Satu Tangan
Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan:-
1. Ayun belakang
2. Ayun hadapan
3. Kontak
4. Ikut lajak
Teknik pukulan kilas satu tangan
1. Semasa ayunan ke belakang, bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala ke arah bola
yang hendak dipukul.
2. Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
3. Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih
tenaga.
4. Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih
tenaga.
5. Selepas kontak, ikut lajak.
Pukulan Kilas Dua Tangan
· Lebih tepat dan laju
· Cekak pertama (tangan bawah) ialah tangan dominan.
· Cekak kedua (tangan atas) ialah tangan tidak dominan.
· Melibatkan empat pergerakan utama:-
1. Diri sedia
2. Raket diayunkan ke belakang dan kedua – dua tangan berada pada paras pinggang
dengan lutut dibengkokkan
3. Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.
4. Raket diayun ke hadapan dengan lutut diluruskan sedikit untuk mendapatkan daya.
5. Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan
ke atas.
6. Selepas kontak, ikut lajak.
Otot utama yang digunakan
ü Triceps
ü Deltoid
ü Latissimus dorsi
VOLI
Definisi: menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan bola.
· Tidak memerlukan ayunan belakang.
· Terdapat tiga fasa:-
o Diri sedia
o Ayunan hadapan
o Kontak
Teknik Voli ialah
1. Diri sedia
2. Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas kaki
hadapan.
3. Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.
4. Kontak, membuat ‘punch’ pada bola dengan ketinggian bahu.
Otot utama yang digunakan
ü Triceps
ü Deltoid
ü Latissimus dorsi
SERVIS
· Digunakan untuk memulakan permainan.
· Terdapat tiga jenis servis:-
I. Servis cantas
II. American twist
III. Servis rata
· Dimulakan di garisan belakang
Tangan kanan
* Letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada 30 hingga 35 cm di belakang kaki kiri
Tangan kiri atau kidal
· Letakkan kaki kanan ke hadapan dan kaki kiri berada 30 hingga 35 cm di belakang kaki kanan.
· Terdapat empat fasa utama
1. Lambungan
2. Ayun belakang
3. Kontak
4. Ikut lajak
Teknik membuat servis
1. Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola hendaklah
dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri).
2. Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan. Raket ditarik ke belakang di sebelah
kanan badan.
3. Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum bola menurun
dan berada pada aras kontak tertinggi.
4. Ikut lajak.
Batal dalam servis
v Memijak garisan semasa membuat servis.
v Berada dalam kawasan gelanggang semasa membuat servis.
v Berlari atau berjalan semasa membuat servis.
v Tidak memasukkan bola ke dalam kawasan gelanggang yang sepatutnya.
v Bola yang dipukul terkena kawan beregu.
Otot utama yang digunakan
ü Rectus abdominus da supra spinatus deltoid
ü Latissimus dorsi
ü Pectoralis major
SMESY
· Definisi: pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan jaring.
· Terdapat empat fasa melakukan smesy:-
1. Ayunan belakang
2. Ayunan hadapan
3. Kontak
4. Ikut lajak
· Teknik lakuannya:-
1. Raket diayunkan ke belakang. Tangan yang tidak memegang raket mengimbangi badan.
Mata fokus kepada bola.
2. Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat badan dipindahkan dari
kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.
3. Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul bola dengan kuat
masuk ke gelanggang lawan.
4. Ikut lajak.
Otot utama yang digunakan
ü Deltoid
ü Pectoralis major
ü Latissimus dorsi
LOB
· Hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada di kawasan
jaring.
· Sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul mendapatkan semula posisi mengawal
gelanggang.
Teknik untuk Lob
1. Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
2. Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raket bermula
dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.
3. Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.
Otot utama yang digunakan
ü Biceps
ü Deltoid
Persediaan sebelum perlawanan
§ Berfikir secara positif
§ Bawa kelengkapan dan alatan yang mencukupi
§ Datang awal ke gelanggang
§ Lakukan aktiviti memanaskan badan
§ Berfikiran terbuka
§ Rancang strategi permainan untuk setiap perlawanan
MEMULAKAN PERLAWANAN
1) Penservis akan berdiri di belakang garisan belakang dan memukul bola secara menyilang.
· Penservis dibenarkan membuat servis semula sekiranya servis yang pertama gagal.
· Sekiranya bola yang dipukul terkena jaring dan jatuh di kawasan servis lawan,
keadaan ini dinamakan let.
· Pemain dibenarkan melakukan servis sekali lagi tanpa kehilangan servis.
· Sekiranya servis yang dibuat tidak melepasi jaring atau terkeluar gelanggang,
mata diberikan kepada penerima servis.
2) Bola hendaklah melepasi jarang dan tidak menyentuh sebarang objek sebelum masuk ke
gelanggang lawan.
3) Penerima bola akan membuat pukulan balas.
· Semasa membalas servis hanya sekali lantunan bola dibenarkan.
· Bola yang tidak melantun atau melantun beberapa kali akan dikira faul.
4) Perlawanan berlangsung sehingga salah seorang pemain:-
· Gagal untuk membuat pukulan balas
· Membuat faul.
KIRAAN MATA
Ø Bermula dengan kiraan 0,15,30,40 dan tamat.
Ø Mata penamat bagi menentukan kemenangan pemutus (tie break) ialah 7.
Ø Pemutus akan diteruskan sekiranya salah seorang pemain memenangi dua mata berturut
– turut.
Pemain A Pemain B
Servis 0 0
15 0
30 0
40 0
Menang
Jadual di atas menunjukkan kiraan mata satu permainan.
Ø Satu set perlawanan tenis memerlukan 6 mata permainan untuk ditamatkan.
Ø Bagi memenangi perlawanan tenis:-
o pemain hendaklah menang 2 daripada 3 set permainan bagi wanita
o Pemain hendaklah menang 3 daripada 5 set permainan bagi lelaki.
Ø Situasi yang memberikan mata kepada pihak lawan
I. Memukul bola yang sudah melantun dua kali dalam kawasannya.
II. Membuat voli sebelum bola melepasi jaring
III. Bola terkena badan atau pakaian pemain kecuali raket.
IV. Bola tidak dihantar balik ke kawasan gelanggang lawan.
ETIKA DI GELANGGANG
i. Melintas gelanggang hanya apabila sesuatu permainan atau rali tamat.
ii. Memulakan permainan dengan sekurang – kurangnya dua biji bola dalam posisi
simpanan pemain.
iii. Tunggu sehingga penerima sudah bersedia, baru mulakan servis.
iv. Diam apabila bola masuk dalam gelanggang.
v. Sekiranya terkeluar gelanggang katakan ‘keluar’ atau ‘out’.
vi. Jangan berkata – kata semasa dalam permainan.
vii. Jangan membuat hantaran balas sekiranya servis yang dibuat adalah faul.
viii. Sekiranya bola daripada luar tiba – tiba masuk ke dalam gelanggang minta
permainan dimulakan semula.
ix. Berjabat tangan selepas permainan.
x. Jangan mengeluarkan kata kata tidak sopan.
xi. Pakai pakaian sukan, kasut serta stoking yang sesuai semasa bermain.
xii. Memakai baju putih dan seluar putih adalah digalakkan.
ASPEK KESELAMATAN
A. Jangan bermain ketika hujan dan kilat.
B. Lap gelanggang jika ada takungan air.
C. Minum lebih air jika cuaca panas.
D. Pakai kasut dan pakaian yang sesuai.
E. Jangan bergurau di dalam gelanggang.
F. Jangan membawa makanan ke dalam gelanggang.
Posted by leeza at 1:57 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
MALAM DEPA RAYA DI TMN MALIM JAYA
Posted by leeza at 12:34 PM 0 comments
Penangan Blog
Posted by leeza at 11:39 AM 0 comments
Saturday, October 17, 2009
NOTA TENIS
1. Saiz gengaman tangan
2. Saiz dan berat raket. Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai
Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.
Forehand: sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
Backhand: sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke
Groundstroke: sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul
Slice: pukulan forehand atau backhand di mana kepala reket dimiringkan sedikit dan dipukul
Spin: pukulan forehand atau backhand dimana reket dimiringkan sedikit atau banyak dimana
Dropshot: sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.
Smash: sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas
Lob: sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.
Passing shot: sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada
Volley: pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di gelanggang.
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan pemain mana yang akan memulakan permainan dengan cara memusing raket. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Posted by leeza at 7:10 PM 0 comments
Kertas Kerja Bengkel Penghasilan Blog
BENGKEL PENGHASILAN BLOG
ANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
( PENGURUSAN PENDIDIKAN )
SESI 2009/2011
1. PENGENALAN
Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru, kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.
2. RASIONAL
Kaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.
3. OBJEKTIF
Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;
3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.
3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog.
3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.
3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan wargapendidik.
4. KOMPONEN KURSUS
Terdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:
4.1 Ciri-ciri Blog
4.2 Pedagogi
4.3 Persembahan & Pemurnian
5. METODOLOGI
Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk:
5.1 Pendedahan blog
5.2 Tunjukcara bina bahan
5.3 Perbincangan
5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan
6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUS
Kursus ini dijalankan selama 1 hari seperti berikut:
6.1 Tarikh : 15.10.2009(minggu ke-13)
6.2 Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg
6.3 Tempat : TMNU 35
6.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)
7. KUMPULAN SASARAN
Seramai 30 peserta melalui PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Rujuk lampiran A
8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA
8.1 En.Saharidun bin A.Rani
9. PERASMI
9.1 Dr.Khuan Wai Bing
Ketua Jabatan Falkulti Perniagaan dan Ekonomi
10. SUMBER KEWANGAN
10.1 Yuran kelas
11. KOS PENGURUSAN
11.1 OS29000 - Makan Peserta36 orang x RM5.00 x 1 hari = RM 165.00
- Saguhati Fasilitator1 orang = RM 200.00- Pelbagai = RM 100.00
- Jumlah = RM 415.00
12. HASIL YANG DIHARAPKAN
Adalah diharapkan peserta dapat keyakinan menguruskan blog dan menjadi penulis blog di peringkat pengurusan nanti. Dengan terbinanya blog bagi setiap peserta adalah diharapkan sistem penyebaran maklumat dan pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien.
Posted by leeza at 5:21 AM 0 comments
Fikir-fikirkanlah.... mesej dari seorang teman.
Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama AdianNapitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'. Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada 8 September yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta, memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia. Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.
Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia." Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, di samping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?
Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa. Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambil kira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.
Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa." Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia!"Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia.[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].
Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai). Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun. Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan. Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah]. Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?
Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak -akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo."Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandartersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note:Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau. Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur. Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini.Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk'ganyang Malaysia' sehingga tenggelam punca.
Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang. Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasik malaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu. Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amatmemerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawimu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan. Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia. Malah,berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu. Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...
PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia, satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi.......
PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia, kononnya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.
PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka. Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...
Posted by leeza at 4:19 AM 1 comments
PPGB K7 dapat anak saudara ke-2
17 Oktober 2009, tepat jam 5.50 petang, aku dapat sms daripada pengarah projek bina blok ppgb, saudara Narizan Baserah. Aku tak tahulah butir terperinci. Namun aku mahu menjadi orang pertama yang menyebarkan berita gembira ini kepada para pembaca. Sahabat kita itu, dapat anak lelaki keempatnya hari ini. Tahniah.... Kegembiraan berganda di penghujung Syawal. Syukur alhamdulillah. Anak saudara ke-2 dalam kelas kami semester ini, selepas kelahiran anak Saudara Zahari.
Posted by leeza at 2:50 AM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
Pengalaman berharga membina blog sendiri
Letih, tetapi rasa bangga dengan diri sendiri. Laman Blog sendiri terhasil hari ini di bawah bimbingan En. Sharidun Mohd Rani, Pegawai Teknologi Maklumat, PKG Gopeng. Namun, bagi remaja senja seperti aku, masa yang ditempuhi dalam mendapatkan pengetahuan membina blog ini terlalu singkat. Walau apa pun, setinggi penghargaan kepada beliau.
Posted by leeza at 3:10 AM 0 comments
2 orang anak Othman
Posted by leeza at 12:17 AM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Projek Rojak Buah Pn. Salina
Posted by leeza at 11:50 PM 0 comments